Demografi Negeri Bersekutu Mikronesia

Penduduk peribumi negara yang merupakan golongan Mikronesia secara majoriti terdiri daripada pelbagai kumpulan etnolinguistik. Selain itu, terdapat juga minoriti besar yang berketurunan Jepun disebabkan oleh perkahwinan antara golongan Mikronesia dan penetap Jepun ketika zaman penjajahan Jepun.[28] Selain itu, terdapat juga golongan ekspatriat daripada Amerika, Australia, Eropah dan China yang mula ketara sejak 90-an.

Bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi negara serta bahasa lazim dalam kerajaan serta pendidikan peringkat menengah dan tinggi. Persekutuan Negara juga menempatkan pelbagai bahasa Mikronesia seperti bahasa Chuuk, bahasa Kosrae, bahasa Yap dan bahasa Pohnpei, serta bahasa Polynesia seperti bahasa Kapingamarangi.[29]